About Me

My photo
heyya~ guys.. im Fira Dahlan and im 19 y.o :) still young :P.. im stay at setapak,Kuala lumpur.. i do part time model from my age 5 years old till now..erm..thats all , ouh ya ya ya enjoy my blog :)

Tuesday, June 5, 2012

Biarpun ayat-ayat cinta itu sudah tua, rapuh, luluh dan lusuh, Cinta itu tetap Segar Mekar dan Semakin Dalam, Cinta itu yang Kau beri, Cinta itu dengan Hati, Sanubari, Rohani & Jasmani, Dengan Cinta Datangnya Sabar, Orang Bercinta tiada Gusar, Apa berlaku hanyalah Mata Kasar, Mata hati tetap berkobar-kobar. Dengan Cinta tiada Was-Was, Apa dibuat biarlah berbalas atau tidak berbalas, Waktu bersua, diri sentiasa kemas, Wangian harum, percikannya ikhlas. Dengan Cinta Sentiasa Mahu Berhubung, Juga Rasa Mahu Bersama, Harapan tinggi sampai ke penghujung, Selepas Nyawa bertemu di Syurga Dengan Cinta datang pengorbanan, sentiasa hidup dalam bantuan, Sungguh indah Hidup Bertuhan, Kerana Allah, Cintaku murnikan. Lembaran Cinta tanda kekuasaan, Sentiasa ada sepanjang Zaman, Melalui Kekasih Dia Sampaikan, Buat pedoman cinta sepanjang Jalan. Dengan Cinta penuh Pengharapan, Takutnya hilang cinta dari Tuhan, Sentiasa Diri dalam Persiapan, Sampai waktu, akan disemadikan. Ya Allah! Aku minta kepada Engkau semua kebaikan masa kini dan akan datang samada yang aku ketahui atau tidak dan tahu dan aku berlindung kepada Engkau dari semua kejahatan yang masa kini dan akan datang samada yang aku tahu atau tidak. Doa itu adalah Ayat-Ayat Cinta kita Kepada Pencipta, Allah Swt. Semoga Cinta Kita Terus Mekar Mewangi. "Katakanlah (Wahai Muhammad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Ali-Imran 3: Ayat ke 31) Ku mengenalmu lewat JIWA,, bukan lewat MATA (see the sun like to see you you will always be the sun of my heart you are too far away to touch but too close to my heart)

0 comments: